Pekerja motel penggal kepala bos kerana mesin basuh

Pekerja motel penggal kepala bos kerana mesin basuh

Pekerja motel penggal kepala bos kerana mesin basuh
KEPALA Chandramouli (kiri) dipenggal oleh suspek hanya kerana mesin basuh. – Foto @Katz4B on X

WASHINGTON – Kepala seorang pengurus motel berusia 50 tahun dipenggal dengan kejam di hadapan isteri dan anaknya di Texas, Amerika Syarikat (AS) selepas bertengkar dengan pekerjanya, lapor laman berita MSNews hari ini.

Kejadian berlaku selepas mangsa, Chandramouli Nagamallaiah bertengkar dengan suspek, Yordanis Cobos-Martinez, 37, berhubung mesin basuh motel di timur pusat bandar Dallas.

Polis menahan suspek yang merupakan seorang imigran dari Cuba dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.

Menurut afidavit tangkapan, pertengkaran bermula apabila mangsa mengarahkan suspek dan seorang rakan sekerja wanita supaya tidak menggunakan mesin basuh yang rosak ketika membersihkan bilik motel.

Ketika arahan itu disampaikan melalui rakan sekerja tersebut yang bertindak sebagai penterjemah, suspek berasa berang kerana tidak ditegur secara langsung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Mangsa cuba melarikan diri ke arah pejabat motel, di mana isteri dan anak lelakinya yang berusia 18 tahun berada.

Namun, suspek masuk ke situ dan meneruskan serangan sebelum memenggal kepala mangsa.

Sejurus pihak berkuasa tiba, badan suspek dipenuhi darah dan dia masih memegang parang.

Suspek ditahan di tempat kejadian sebelum mengaku melakukan jenayah tersebut. – AGENSI

Pekerja motel penggal kepala bos kerana mesin basuh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker