Melbourne Victory sah ikat Mata
Melbourne Victory sah ikat Mata

Melbourne: Pemain tengah berpengalaman Sepanyol, Juan Mata sah menyertai Melbourne Victory menjelang musim baharu selepas semusim beraksi bersama pencabar Liga-A, Western Sydney Wanderers.
Bintang berusia 37 tahun itu yang pernah beraksi di Valencia, Chelsea dan Manchester United, serta anggota skuad Sepanyol yang muncul juara Piala Dunia 2010, hanya membuat tujuh penampilan dalam kesebelasan utama musim lalu di Sydney, dan kini mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan di Melbourne.
“Saya bukan jenis pemain yang menuntut minit permainan semata-mata.
“Saya faham jurulatih perlu membuat keputusan berasaskan keadilan dan saya setuju dengan itu.
“Saya bersemangat untuk membantu pasukan memenangi piala serta menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang bagi memperkukuh bola sepak di negara ini,” katanya kepada media Australia hari ini.
Musim lalu, Victory muncul naib juara pusingan akhir Liga-A dan akan memulakan kempen baharu di gelanggang sendiri menentang Auckland pada 18 Oktober depan.
Melbourne Victory sah ikat Mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.