Identiti remaja maut diseret pacuan empat roda dikenal pasti
Identiti remaja maut diseret pacuan empat roda dikenal pasti

BERA: Identiti penunggang motosikal yang maut selepas bertembung dan diseret pacuan empat roda sejauh hampir 40 meter di Kilometer 7, Jalan Bera–Mayam, di sini, pagi tadi, akhirnya dikenal pasti sebagai Mohamad Hasli Wafi Kamaludin, 17.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa sebelum ini disangka warga asing kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri, selain terdapat kesan pada tubuh yang menyerupai tatu.
“Namun hasil pemeriksaan mendapati ia hanyalah pakaian dalam nipis yang dipakai mangsa.
“Identiti mangsa dikenal pasti selepas ibu hadir membuat pengecaman, selain motosikal yang ditunggang disahkan milik bapanya.
“Difahamkan ketika kejadian, remaja terbabit dalam perjalanan dari rumah keluarganya di Janda Baik, Bentong, menuju ke Felda Purun, di sini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, kemalangan berlaku kira-kira jam 7.45 pagi ketika motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di selekoh jalan.
“Akibat rempuhan, mangsa dan motosikalnya terseret ke laluan bertentangan sebelum dilanggar pula sebuah lagi pacuan empat roda.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta patah tangan dan kaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pemandu pacuan empat roda berusia 23 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Identiti remaja maut diseret pacuan empat roda dikenal pasti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.