Glasner calon pengganti Amorim di Old Trafford?

Glasner calon pengganti Amorim di Old Trafford?

Glasner calon pengganti Amorim di Old Trafford?
OLIVER Glasner. FOTO Agensi

London: Tekanan terhadap Ruben Amorim semakin memuncak selepas Manchester United sekali lagi mempamerkan aksi hambar apabila tewas 0-3 kepada seteru utama, Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

Kekalahan itu menyaksikan The Red Devils terus terperosok di tangga ke-14 liga dengan hanya mengutip empat mata daripada empat perlawanan awal musim.

Lebih memalukan, United sebelum ini turut tersingkir awal daripada saingan Piala Liga selepas dikejutkan kelab bawahan, Grimsby Town sebelum rehat antarabangsa.

Ia menjadi titik paling rendah buat Amorim dalam musim yang masih awal namun sudah memberi gambaran suram, sama seperti musim lalu.

Walaupun masih mengekalkan jawatan, spekulasi mengenai penggantinya semakin rancak apabila Sky Bet sudah mengeluarkan senarai calon pilihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Jurulatih Crystal Palace, Oliver Glasner muncul sebagai calon utama selepas membawa kelab itu menjulang Piala FA musim lalu.

Bekas pengendali England, Gareth Southgate pula berada di kedudukan kedua manakala empat nama besar diletakkan sebagai pilihan ketiga bersama iaitu Mauricio Pochettino, Zinedine Zidane, Ole Gunnar Solskjaer dan Nuno Espirito Santo.

Antara calon lain yang turut dikaitkan ialah Unai Emery, Xavi, Julian Nagelsmann, Marco Silva dan Andoni Iraola.

Glasner calon pengganti Amorim di Old Trafford?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker