Gagak balas dendam serang penduduk

Gagak balas dendam serang penduduk

Gagak balas dendam serang penduduk
DUA ekor burung gagak menyerang seorang penduduk. – Foto Shin Min Daily News

SINGAPURA – Penduduk kawasan perumahan di Tampines, Singapura menghadapi serangan agresif oleh dua ekor gagak sejak beberapa hari lalu, dipercayai berpunca daripada tindakan membuang sarang burung itu, lapor laman berita MSNews semalam.

Serangan dari udara itu berlaku di sekitar Tampines Street 42 dan Street 43, di mana haiwan tersebut menyasarkan pejalan kaki tanpa mengira bangsa, umur atau jantina.

Menurut laman berita Shin Min Daily News, seorang pendandan rambut berusia 42 tahun dan dikenali sebagai Luo, dalam perjalanan pulang ke Blok 443, Tampines Street 43 pada petang 12 September lalu.

Namun, dua ekor burung gagak terbang dari sebatang pokok dan menyerangnya tanpa provokasi.

Seekor gagak mencakar kepala mangsa, manakala seekor lagi mematuk bahunya dengan paruh.

Akibat serangan itu, kulit kepala Luo mengalami kesakitan, terdapat kesan darah dan benjolan.

Seorang penduduk warga emas pula berkata, kejadian itu telah berlarutan selama berbulan-bulan, dengan sekurang-kurangnya empat serangan dilakukan. Ia memaksa dia dan keluarganya mengambil jalan lain untuk mengelak daripada burung gagak tersebut.

Katanya, dia menyedari terdapat sarang burung di sebatang pokok beberapa minggu lalu tetapi pihak berkuasa tempatan tiba pada 12 September untuk mengeluarkannya ketika ia mempunyai telur.

Justeru, penduduk membuat spekulasi bahawa burung itu bertindak balas kerana sarangnya dibuang. – AGENSI

Gagak balas dendam serang penduduk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker