Dua anak Thuram ‘menentang’ sesama sendiri, warisi bakat hebat ayah
Dua anak Thuram ‘menentang’ sesama sendiri, warisi bakat hebat ayah

Kuala Lumpur: Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi!
Begitulah perumpamaan yang sesuai dan paling cocok digambarkan situasi babitkan legenda bola sepak Perancis, Lilian Thuram apabila bakat bola sepaknya diwarisi dua anak lelakinya.
Bukan saja bermain bola secara profesional, malah kedua-duanya turut beraksi di posisi pertahanan seperti ayah mereka yang cukup terkenal dengan aksi tenang dan keras di benteng pasukan.
Dua anaknya iaitu Marcus Thuram kini beraksi untuk pasuan Juventus, manakala adiknya, Kephren Thuram pula bermain dengan Inter Milan dalam saingan Serie A.
Paling mencuri tumpuan sudah tentunya dalam aksi liga baharu-baharu ini, apabila kedua-duanya meledak gol dalam aksi babitkan Juventus dan Inter itu.
Pada aksi Ahad lalu itu, Thuram hadir ke Stadium Allianz dan dia sendiri menyaksikan Marcus serta Kephren meledak gol dalam aksi liga itu.
Marcus terlebih dulu mencetak nama selaku penjaring sebelum adiknya pula meledak. Keputusan akhir menyaksikan Juventus menang 4-3.
Sudah pasti senario itu cukup manis buat Thuram yang berbangga melihat dua anaknya beraksi bersama pasukan berbeza dan menentang sesama sendiri, selain masing-masing menjaringkan gol.
Untuk rekod, Thuram adalah tonggak penting yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia buat pertama kali pada 1998 lalu.
Dua anak Thuram ‘menentang’ sesama sendiri, warisi bakat hebat ayah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.