Calon SPM positif dadah pulang berhibur dari Thailand, beri alasan tekanan hidup

Calon SPM positif dadah pulang berhibur dari Thailand, beri alasan tekanan hidup

Calon SPM positif dadah pulang berhibur dari Thailand, beri alasan tekanan hidup
Calon SPM dari Pulau Pinang yang ditahan AADK selepas didapati positif dadah dalam pemeriksaan di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam. – Foto ihsan AADK

BUKIT KAYU HITAM: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah dalam operasi bersepadu, ketika pulang bercuti dari negara jiran, semalam.

Pelajar lelaki Tingkatan Lima berusia 17 tahun di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang itu ditahan bersama tiga rakannya berumur 18 tahun ketika menunggang dua motosikal.

Hasil pemeriksaan pasukan AADK mendapati keempat-empat mereka positif dadah jenis ketamin.

Pelajar terbabit dipercayai berkongsi menghisap rokok yang mengandungi dadah berkenaan dengan tiga rakannya itu ketika berhibur di Thailand.

Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad, berkata remaja itu ditahan di lorong motosikal di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini pada jam 3.45 petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pulau Pinang selepas bercuti di Thailand sejak Sabtu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Hasil siasatan mendapati remaja itu yang juga anak tunggal, tinggal bersama datuk dan neneknya selepas ibu bapa bercerai sejak berusia sembilan tahun.

“Dia memberi alasan mengambil dadah itu disebabkan tekanan hidup dan perasaan ingin mencuba.

“Selain itu, dia juga mengaku ia adalah kali kedua mencuba dadah berkenaan selepas kali pertama memasuki Thailand sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Secara keseluruhan, Khairul Anwar memaklumkan bahawa pihaknya menahan enam individu berusia 17 hingga 19 tahun dalam operasi bermula jam 3 hingga 5 petang itu, selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

 

Calon SPM positif dadah pulang berhibur dari Thailand, beri alasan tekanan hidup

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker