Bayern bukan ‘underdog’ dalam saingan Liga Juara-Juara

Bayern bukan ‘underdog’ dalam saingan Liga Juara-Juara

Bayern bukan 'underdog' dalam saingan Liga Juara-Juara
HARRY Kane. FOTO Reuters

Munich: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane menegaskan skuad juara Jerman itu tidak terdesak untuk melabel diri sebagai pilihan utama atau ‘underdog’ dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, sebaliknya beraksi dengan penuh keyakinan menjelang aksi pembukaan menentang Chelsea, awal pagi Khamis.

Kenyataan itu hadir selepas bekas Presiden Bayern, Uli Hoeness memberi amaran bahawa peluang kelab itu di pentas Eropah tidak begitu cerah apabila menyamakan mereka dengan pasukan pertengahan Bundesliga, Hoffenheim.

Namun, Bayern tampil dengan aksi meyakinkan hujung minggu lalu apabila membelasah pendatang baharu Hamburg SV 5-0, dengan Kane meledak dua gol untuk mengekalkan rekod bersih tiga kemenangan berturut-turut dalam liga.

Walaupun begitu, skuad kendalian Vincent Kompany itu kini berdepan persoalan mengenai kekuatan sebenar selepas gagal mendapatkan beberapa sasaran utama dalam jendela perpindahan, sekali gus menimbulkan keraguan penyokong sama ada mereka cukup kompetitif di peringkat Eropah.

“Kelab seperti Bayern sentiasa berhasrat menjuarai setiap kejohanan. Saya tidak kata kami ‘underdog’ walaupun menentang pasukan terbaik di Eropah.

ADVERTISEMENT

“Perjalanan masih panjang, mudah-mudahan hingga Mei nanti. Tapi yang penting sekarang ialah memulakan saingan dengan langkah kanan,” kata Kane pada sidang media.

Bayern kali terakhir menjuarai Liga Juara-Juara pada 2020, namun sejak itu hanya sekali mara melepasi suku akhir dalam lima musim terakhir.

Sementara itu, Kompany menegaskan terlalu awal untuk berbicara soal peluang menjulang trofi berprestij itu.

“Matlamat sentiasa mahu menang. Itu tidak berubah. Tapi yang paling penting sekarang adalah perlawanan pertama.

“Kami mahu berada dalam kelompok lapan terbaik, dan ia bermula dengan usaha memenangi enam perlawanan. Perlawanan esok adalah tugas paling penting,” katanya.

Bayern bukan ‘underdog’ dalam saingan Liga Juara-Juara

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker