Atas faktor keselamatan, aksi Serbia dan Albania terpaksa diubah

Atas faktor keselamatan, aksi Serbia dan Albania terpaksa diubah

Atas faktor keselamatan, aksi Serbia dan Albania terpaksa diubah
STADIUM Dubocica, di Leskovac bakal menjadi venue baharu aksi babitkan Serbia dan Albania. FOTO Agensi

Belgrade: Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Serbia dan Albania bulan depan terpaksa dipindahkan dari ibu negara, Belgrade ke bandar kecil di selatan negara itu berikutan kebimbangan aspek keselamatan.

Persekutuan Bolasepak Serbia (FSS) mengumumkan perlawanan pada 11 Oktober itu akan berlangsung di Stadium Dubocica, Leskovac selepas mendapat kelulusan UEFA serta persetujuan Albania.

“Faktor utama adalah keselamatan – bukan hanya untuk penyokong, tetapi yang lebih penting buat pemain serta semua individu yang terlibat,” kata FSS dalam kenyataan, lewat malam Isnin.

FSS turut menegaskan pertembungan antara kedua-dua pasukan dianggap berisiko tinggi selepas beberapa insiden tegang berlaku sebelum ini, termasuk pada 2014 apabila perlawanan terpaksa dibatalkan gara-gara sebuah dron membawa bendera ‘Albania Raya’ berlegar di udara sehingga mencetuskan rusuhan penyokong.

Bendera itu memaparkan wilayah Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008, namun tidak diiktiraf Belgrade dan masih menjadi punca ketegangan politik kedua-dua negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Pertembungan di Tirana sebelum ini berakhir tanpa jaringan, tetapi Albania dikenakan hukuman FIFA akibat salah laku penyokong termasuk menyalakan mercun serta tingkah laku diskriminasi.

Pada 2015 pula, skuad Serbia berdepan insiden bas pasukan dibaling batu menjelang aksi di Elbasan, Albania.

FSS sendiri sebelum ini pernah dihukum FIFA gara-gara diskriminasi serta nyanyian berbaur perkauman penyokong ketika menentang Andorra pada Jun lalu, selain suasana tegang semasa kekalahan 0-5 kepada England minggu lalu di Belgrade.

“Pertukaran venue ke Leskovac dijangka dapat mengurangkan risiko insiden tidak diingini,” jelas FSS lagi.

Stadium Dubocica yang siap dibina dua tahun lalu hanya mampu memuatkan sekitar 8,000 penonton, jauh lebih kecil berbanding venue asal di Belgrade yang berkapasiti 52,000 tempat duduk.

Setakat ini, Serbia berada di tangga ketiga kumpulan, dengan England mendahului carta manakala Albania di kedudukan kedua.

 

Atas faktor keselamatan, aksi Serbia dan Albania terpaksa diubah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker