Ahli Parlimen Tebrau lapor polis kes ugutan video lucah palsu, diminta bayar AS$100,000

Ahli Parlimen Tebrau lapor polis kes ugutan video lucah palsu, diminta bayar AS$100,000

Ahli Parlimen Tebrau lapor polis kes ugutan video lucah palsu, diminta bayar AS$100,000
Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima laporan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, yang mendakwa diugut melalui e-mel berhubung video lucah palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan tuntutan hampir RM470,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata laporan dibuat pada jam 9.30 pagi di Balai Polis Permas Jaya di sini, hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (kerana ugutan pemerasan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Puah ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau menerima e-mel berkenaan kira-kira jam 5.30 petang semalam, menerusi alamat rasmi pejabatnya di Parlimen.

Puah berkata, penghantar e-mel turut menuntut bayaran AS$100,000 (kira-kira RM470,000) dalam tempoh tiga hari dan mengugut akan menyebarkan gambar serta video berkenaan dalam pelbagai platform sekiranya gagal membuat bayaran, selain menyertakan kod QR untuk pembayaran menggunakan sistem luar negara.

Naib Pengerusi PKR Johor itu menegaskan, imej berkenaan palsu dan hasil manipulasi teknologi Deepfake AI, sambil menyatakan beliau akan turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Saya percaya cubaan ini dilakukan dari luar negara. Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera kerana tidak mustahil kandungan berkenaan sudah tersebar dalam Internet,” katanya.

Beliau berkata, penyalahgunaan teknologi AI bagi menghasilkan kandungan palsu adalah trend berbahaya, malah beberapa Ahli Parlimen lain turut dilapor menerima ugutan sama dengan memo khas berhubung perkara itu dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini. – BERNAMA

 

Ahli Parlimen Tebrau lapor polis kes ugutan video lucah palsu, diminta bayar AS$100,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker