2,533 mangsa tiga bencana di Sabah, 6 daerah diisytihar darurat

2,533 mangsa tiga bencana di Sabah, 6 daerah diisytihar darurat

 

2,533 mangsa tiga bencana di Sabah, 6 daerah diisytihar darurat
Anggota Pertahanan Awam meredah jalan ditenggelami banjir sewaktu melaksanakan operasi menyelamatkan keluarga mangsa sekitar Kampung Ketiau, Putatan. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh di Sabah meningkat kepada 2,533 mangsa, dengan enam daerah diisytiharkan kawasan bencana oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Laporan Situasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata banjir bertambah teruk, dengan keseluruhan mangsa hari ini meningkat kepada 2,452 orang daripada 652 keluarga yang ditempatkan di 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya, daerah Penampang mencatat wilayah yang paling terkesan dengan 910 mangsa, manakala Membakut seramai 611 mangsa dan Putatan 456 mangsa.

NADMA menyatakan, trend bencana banjir secara umum menunjukkan peningkatan di sebahagian besar daerah, kecuali Membakut yang keadaannya tidak berubah.

“Selain banjir, kebakaran berskala besar di Tawau menyebabkan 59 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan tetapi keadaan tetap stabil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


DiĀ Papar, tanah runtuh berlaku terhadap lima keluarga membabitkan 21 mangsa.

“Secara keseluruhan, jumlah mangsa bencana di Sabah mencapai 2,533 orang daripada 668 keluarga, dengan 20 Pusat Pemindahan Sementara diaktifkan,” katanya.

NADMA berkata, enam daerah yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh JPBD adalah Beaufort (banjir), Penampang (banjir, tanah runtuh), Tawau (kebakaran), Papar (banjir, tanah runtuh), Membakut (banjir) dan Putatan (banjir).

Kata agensi itu, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 13 kematian direkodkan di Sabah setakat ini akibat kejadian tanah runtuh, iaitu tujuh di Kota Kinabalu (semalam), lima di Papar (semalam) dan satu di Penampang (kelmarin).

Tambahnya, keadaan cuaca melalui imej radar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati cuaca adalah baik di Sabah setakat ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


2,533 mangsa tiga bencana di Sabah, 6 daerah diisytihar darurat
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggendong seorang kanak-kanak di kawasan yang dinaiki banjir di Kampung Tanjung, Tuaran untuk dipindahkan ke rumah penduduk lain. – Foto ihsan APM

Namun, sehingga jam 10 pagi tadi, status Sungai Moyog di Penampang berada pada aras amaran, manakala Sungai Padas di Keningau pula pada aras waspada, dengan kedua-duanya menunjukkan trend menurun.

“Semalam, tiga stesen meteorologi yang mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi adalah Beaufort dengan 127.4 milimeter (mm); Kota Kinabalu (122.8 mm) dan Sandakan (49.4 mm).

“Negara kini berada di penghujung Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula pada 10 Mei lalu dan keadaan angin yang bertiup secara konsisten dari arah barat daya ke rantau negara mulai melemah, sekali gus menggalakkan pembentukan awan konvektif.

“Penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah sehingga Khamis, seterusnya berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang,” katanya.

NADMA juga menyatakan, berdasarkan rekod tanah runtuh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sehingga hari ini, sebanyak lapan cerun kritikal dikenal pasti berisiko dilanda banjir.

Ini termasuk di Country Height Apartment, Kampung Madsiang, Kampung Sugud, Kampung Timpangoh, Kampung Keanapan, Kampung Dimbata dan Bukit Kulinting di Daerah Penampang serta Kampung Limbahau di Papar.

“Antara cerun kritikal yang berlaku tanah runtuh termasuk di Country Height Apartment dan Kampung Madsiang, Penampang,” katanya.

Jelasnya lagi, penyiasatan sudah dijalankan dengan cadangan pengosongan kediaman di Country Height Apartment Penampang, Kampung Sarapung (Penampang) serta Kampung Kopungit (Kota Kinabalu) dan kawasan lain yang berisiko.

Kata NADMA, pihaknya selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan sentiasa memastikan semua agensi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana pada semua peringkat.

“Sejumlah 652 anggota dari pelbagai agensi digerakkan iaitu PDRM (366 anggota), Angkatan Pertahanan Awam (160 anggota), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (55 anggota), Angkatan Tentera Malaysia (35 anggota) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (36 anggota),” katanya.

2,533 mangsa tiga bencana di Sabah, 6 daerah diisytihar darurat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker