Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami!

Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami!

Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami!

Menjelang hari bahagia mereka, penyanyi terkenal Amira Othman sempat meluahkan ucapan penuh makna sempena ulang tahun kelahiran pelakon Fattah Amin yang ke-35.

Ucapan Istimewa Daripada Amira

Amira memuat naik ucapan tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam ucapan itu, Amira mendoakan agar Fattah terus dilimpahi kebahagiaan, rezeki, kesihatan serta kasih sayang dalam kehidupannya.

Selamat hari lahir Fattah Amin.

Moga Allah kurniakan rahmat, berkat, kasih sayang, rezeki, kebahagiaan, iman dan kesihatan tubuh badan.

Semoga yang baik-baik untuk manusia sebaik awak.

Selamat menyambut ulang tahun yang ke-35.

Penulisan Amira tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada para peminat.

Reaksi Fattah dan Persiapan Menjelang Perkahwinan

Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami!
via Instagram Amira Othman

Ucapan tersebut mendapat reaksi positif daripada Fattah sendiri yang meluahkan rasa terharu di ruangan komen.

Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih atas kejutan manis daripada Amira.

Alhamdulillah terima kasih, semoga Allah kabulkan semua doa-doa dari orang yang baik macam awak.

Menjadi ya kejutan awak.

Kemesraan mereka jelas terserlah di laman sosial dan ramai peminat yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini menjelang hari bahagia mereka.

Untuk makluman, Fattah dan Amira dijadualkan akan mendirikan rumah tangga pada 14 September ini (hari ini).

Majlis ijab kabul pasangan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Unifi TV pada pukul 8 malam, sekali gus menjadi perhatian ramai peminat dan media.

Kenangan Silam dan Harapan Baru

Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami!
via Casette Digital

Diruangan komen dapat dilihat pelbagai komen positif dari peminat.

Malah peminat juga turut menyatakan dengan lembaran baru bersama Amira, para peminat berharap agar Fattah menemui kebahagiaan yang berkekalan.

Pasangan ini dilihat saling menyokong antara satu sama lain dan ramai menantikan detik indah mereka sebagai suami isteri.

[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”

Ucapan penuh kasih sayang dari Amira juga menggambarkan keikhlasan dan cinta yang mendalam antara mereka.

Semoga perkahwinan ini menjadi permulaan baru yang penuh rahmat dan keberkatan.

 

Ucapan Hari Lahir Amira Othman Buat Fattah Amin Sebelum Sah Bergelar Suami!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker