Pesakit strok maut, 12 cedera ambulans bertembung van

Pesakit strok maut, 12 cedera ambulans bertembung van

Pesakit strok maut, 12 cedera ambulans bertembung van
Foto hiasan

KINABATANGAN: Seorang pesakit strok maut selepas ambulans dinaikinya bertembung dengan sebuah van berhampiran Jalan Kampung Paris 1, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, berkata kemalangan kira-kira jam 9.40 pagi itu turut menyebabkan 11 individu cedera terdiri daripada pemandu ambulans, pemandu kedua, seorang doktor serta seorang jururawat berada dalam ambulans selain lapan individu menaiki van berkenaan.

Beliau berkata, semua yang cedera kini dirawat di zon hijau Hospital Kinabatangan.

“Kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Hospital Lahad Datu ke Hospital Queen Elizabeth 1 di Kota Kinabalu.

“Ketika melalui jalan berselekoh, sebuah van memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan ambulans,” katanya yang dihubungi Bernama.

Beliau berkata pesakit itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pesakit strok maut, 12 cedera ambulans bertembung van

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker