Seorang hilang manakala seorang lagi terselamat, kediaman dihempap tanah runtuh di Penampang
Seorang hilang manakala seorang lagi terselamat, kediaman dihempap tanah runtuh di Penampang

PENAMPANG: Seorang penduduk dilaporkan masih hilang selepas kediamannya di Kampung Sarapung, di sini, dihempap tanah runtuh lewat petang tadi.
Dua mangsa mulanya dipercayai terperangkap sebelum seorang daripadanya berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.10 petang.
Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera lori dan sebuah bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian.
“Mengikut maklumat awal, tanah runtuh berkenaan menghempap sebuah rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam, manakala seorang lagi masih hilang dan dipercayai tertimbus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zeno berkata pasukan penyelamat berdepan kesukaran ke lokasi berikutan laluan terputus akibat runtuhan selain arus air deras.
“Identiti mangsa masih belum diperoleh dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) masih diteruskan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Seorang hilang manakala seorang lagi terselamat, kediaman dihempap tanah runtuh di Penampang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
You must be logged in to post a comment.