Onana sah dipinjamkan ke Trabzonspor
Onana sah dipinjamkan ke Trabzonspor

Manchester: Penjaga gol Manchester United, Andre Onana melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab Turki, Trabzonspor, hari ini, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Perpindahan Onana sudah dijangka sejak kelab berkenaan mendapatkan Senne Lammens daripada Royal Antwerp pada hari terakhir jendela perpindahan minggu lalu.
Pembelian Lammens bernilai 18.2 juta pound (RM104.3 juta) menjadikan United memiliki empat penjaga gol, dan walaupun kelab berkata mereka tidak keberatan mengekalkan jumlah itu, masa depan Onana yang bergelut dengan prestasi sudahpun menjadi tanda tanya.
Penjaga gol antarabangsa Turki, Altay Bayindir diturunkan dalam ketiga-tiga perlawanan EPL musim ini, manakala Onana yang berusia 29 tahun hanya bermain sekali iaitu ketika tewas mengejut pada pusingan kedua Piala Liga kepada pasukan divisyen keempat, Grimsby Town menerusi penentuan sepakan penalti.
Ketika itu, Onana dipersalahkan atas dua gol Grimsby.
Onana dibeli daripada Inter Milan dengan harga 47.2 juta pound (RM270.5 juta) pada 2023, dan prestasinya yang tidak konsisten menjadikannya sasaran kritikan sejak itu.
Dia adalah penjaga gol utama United musim lalu, namun kecederaan hamstring menyebabkannya terlepas aksi pramusim kelab.
Onana yang kini bersama skuad kebangsaan Cameroon, mungkin membuat penampilan sulung menentang Fenerbahce pada Isnin ini.
Tom Heaton adalah penjaga gol keempat United.
Onana sah dipinjamkan ke Trabzonspor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.