Lelaki dan wanita ditemukan dengan kesan tikaman di badan dipercayai dibunuh
Lelaki dan wanita ditemukan dengan kesan tikaman di badan dipercayai dibunuh

GUAR CHEMPEDAK: Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.40 malam dan mengesyaki kejadian bunuh itu berlaku sebelum waktu itu.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan berlaku kejadian tikam membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun manakala wanita berkenaan berusia 28 tahun.
“Wanita itu ditemui dalam kereta Proton Wira di hadapan sebuah rumah manakala lelaki berkenaan ditemui di atas jalan di taman perumahan itu dengan beberapa kesan tikaman di badan.
“Kita percaya kesan tikaman itu dipercayai menggunakan objek tajam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Namun kes ini masih dalam siasatan polis dan bagaimana kejadian ini boleh. berlaku sehingga menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Mohd Hamizi berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan hubungan wanita itu dan lelaki terbabit.
Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai berasal dari Yan manakala wanita itu berasal dari Sungai Petani.
“Kita masih menyiasat ke mana mereka hendak pergi ketika itu dan punca kejadian berlakudan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian ini dan siasatan turut menggunakan,” katanya.
Jasad dua mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.
Lelaki dan wanita ditemukan dengan kesan tikaman di badan dipercayai dibunuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.