Kereta terbabas, 3 parah, seorang cedera ringan
Kereta terbabas, 3 parah, seorang cedera ringan

Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan. – Foto ihsan Bomba
PETALING JAYA: Tiga cedera parah dan seorang cedera ringan selepas kereta Nissan Grand Livina dinaiki mereka terbabas sendiri di Lebuh Raya Persekutuan sebelum persimpangan Templer awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.35 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas sendiri di mana empat orang berada di dalam terdiri dua lelaki dan dua wanita berusia 20-an.
“Seorang wanita mengalami kecederaan ringan manakala yang lain parah di mana dua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua lagi diserahkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kereta terbabas, 3 parah, seorang cedera ringan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
You must be logged in to post a comment.