IFC buru gol awal untuk tambah tekanan TFC
IFC buru gol awal untuk tambah tekanan TFC

Alor Setar: Kelebihan satu gol menjadi bekalan pembakar semangat dibawa Imigresen FC (IFC) apabila berdepan Terengganu FC (TFC) pada aksi kedua Pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.
Pada aksi pertama di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, 17 Ogos lalu, IFC mengejutkan TFC 2-1 menerusi jaringan Rafael Holstein dan Joao Pedro.
Ketua jurulatih Mighty Tigers, Yusri Che Lah berkata, walaupun skuadnya cuma berlebihan satu gol, ia tetap memberi suntikan semangat untuk berdepan cabaran dijangka cukup sengit di tempat lawan.
“Kami bersyukur dengan kelebihan satu gol yang dimiliki selepas aksi pertama dan ini memberi semangat tambahan untuk semua pemain meneruskan aksi kedua pada Sabtu ini.
“Apabila beraksi di tempat lawan nanti, kita tahu dan sudah pasti TFC akan datang dengan corak permainan menyerang berhabis-habisan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Oleh itu, kami perlu kekalkan keadaan permainan pada tahap terbaik seperti kami lalui pada perlawanan pertama sebelum ini.
“Pada masa sama, kami perlu mendapatkan jaringan seawal mungkin bagi memastikan kelebihan jaringan memihak kepada kami, disamping dapat menyelamatkan keadaan sekiranya dihukum dengan gol di awal permainan,” katanya.
Mereka mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengukuhkan kombinasi pemain dalam pasukan termasuk beberapa pemain terbaharu iaitu Pedro Santos Filho, Vinicius Milani Bueno, Keron Ornchaiyaphum dan penyerang Wilmar Jordan.
IFC buru gol awal untuk tambah tekanan TFC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
You must be logged in to post a comment.