Harimau Muda bakal tampil lebih garang di Sukan Sea Thailand

Harimau Muda bakal tampil lebih garang di Sukan Sea Thailand

Harimau Muda bakal tampil lebih garang di Sukan Sea Thailand
REAKSI Nafuzi memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang Thailand. FOTO Malaysia NT

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Nafuzi Zain tetap optimis anak buahnya bakal tampil lebih ‘garang’ pada temasya Sukan SEA di Bangkok, Thailand hujung tahun ini berbanding dua saingan sebelum ini di Piala AFF B-23 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2026.

Jelasnya, kegagalan dua saingan sebelum ini akan dijadikan pengajaran malah beliau percaya anak buahnya mampu memberi cabaran kepada pasukan lain.

Ditanya tentang sasaran, Nafuzi akui tidak mustahil untuk skuad kendaliannya membawa pulang pingat dari temasya dwitahunan itu nanti.

“InsyaAllah. Jika kita ada perancangan yang baik dari segi pemain, perkara paling penting ialah pemain perlu membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan. Saya rasa kita perlu bekerja keras.

“InsyaAllah, kita mampu melakukannya. Saya fikir kita sudah melihatnya selepas bertemu Thailand dan Indonesia. Kita nampak apa kekurangan dan kelebihan kita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


“Jurang permainan tidak besar. Malah ada aspek permainan kita lebih baik. Bezanya hanya pada individu dan ketenangan menyudahkan peluang. Itu yang kita perlu perkemaskan.

“Kami merasakan kita tidak terlalu jauh dengan mereka. Malah, mungkin kita lebih baik daripada mereka,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam tadi.

Untuk rekod, kali terakhir skuad bola sepak lelaki negara meraih pingat adalah pada temasya di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur apabila memenangi pingat perak.

Selepas itu, pasukan negara gagal membawa pulang sebarang kilauan pingat apabila di temasya 2019 di Filipina dan 2023 di Kemboja terkandas di peringkat kumpulan, sementara di saingan 2021 di Vietnam menyaksikan skuad kebangsaan tewas dalam perebutan pingat gangsa di tangan Indonesia.

Manakala kali terakhir Malaysia menggenggam pingat emas adalah pada 2011 di Indonesia.

Harimau Muda bakal tampil lebih garang di Sukan Sea Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker