Arif Aiman bantu JDT berpesta jaringan belasah Penang FC 6-0

Arif Aiman bantu JDT berpesta jaringan belasah Penang FC 6-0

IFC buru gol awal untuk tambah tekanan TFC
ARIF Aiman melakukan sujud syukur selepas menjaringkan gol untuk JDT. FOTO NAJMI NOR’AZAM

Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas selepas membelasah Penang FC 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Pertembungan kedua-dua pasukan yang sepatutnya diadakan 28 September ini terpaksa diawalkan bagi memberi laluan kepada skuad Harimau Selatan untuk merencana persiapan menghadapi kelab dari Jepun, FC Machida Zelvia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di laman sendiri, 30 September ini.

Sebaik perlawanan bermula, skuad kendalian Xisco Munoz menguasai permainan dan membuka jaringan seawal minit kesembilan menerusi Jairo da Silva yang menanduk bola umpanan Arif Aiman Hanapi bagi menewaskan penjaga gol Penang FC, Khairul Azhan Khalid.

Pada minit ke-18, anak didik Wan Rohaimi Ismail terus tertekan apabila Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman menjaringkan gol kedua JDT menerusi rembatan kencang dari jarak 25 meter.

Arif Aiman kemudian memalukan Khairul Azhan pada minit ke-31 selepas mudah menolak bola di celah kangkang penjaga gol Penang FC itu selepas menerima bola lorongan Hector Hevel, menjarikan kedudukan 3-0.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Pemain warisan Harimau Malaya , Joao Figueiredo turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-33 selepas Khairul Azhan gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.

Berbaki seminit sebelum rehat, bola sepakan sudut Hector Hevel ditanduk masuk oleh Jon Irazabal, sekali gus menjadikan kedudukan 5-0.

Bersambung babak kedua, JDT terus memaksa anak didik Wan Rohaimi berkampung di kawasan sendiri, namun Antonio Glauder menolak bola masuk untuk gol keenam pada minit ke-52.

Malang buat Penang FC apabila jaringan Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-54 dibatalkan selepas pengadil, Kamil Zakaria Ismail melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR) kerana mengasari penjaga gol tuan rumah, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Kemenangan besar itu membolehkan JDT mengumpul 15 mata daripada lima perlawanan.

Aksi seterusnya lebih mencabar apabila membuka tirai ACLE berdepan Buriram United di Stadium Chang Arena, Isnin ini.

IFC buru gol awal untuk tambah tekanan TFC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker