Postecoglou tekad pulih reputasi Forest
Postecoglou tekad pulih reputasi Forest

London: Ketua jurulatih baharu Nottingham Forest, Ange Postecoglou berkata, beliau teruja dengan pelantikannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dan berazam untuk membawa mereka kembali ke tempat yang sepatutnya dalam bola sepak England.
Bekas pengurus Australia berusia 60 tahun itu menggantikan jurulatih dari Portugal, Nuno Espirito Santo yang dipecat oleh Forest kelmarin selepas hubungan beliau dengan pemilik kelab, Evangelos Marinakis, menjadi tegang.
Postecoglou membawa Tottenham Hotspur menjuarai trofi utama pertama mereka sejak 2008 apabila mereka menjuarai Liga Europa pada Mei, namun beliau dipecat pada Jun selepas Spurs menamatkan musim EPL di tempat ke-17 yang mengecewakan.
“Saya teruja dan tidak sabar untuk bermula, dan saya sangat gembira berada di sini. Kelab ini mempunyai cita-cita yang tinggi, dan itu penting bagi saya. Kami ada skuad yang menarik,” kata jurulatih itu kepada Forest TV menjelang perlawanan EPL menentang Arsenal pada Sabtu.
Forest, yang menjuarai Piala Eropah dua tahun berturut-turut pada 1979 dan 1980 akan beraksi dalam pertandingan Eropah, Liga Europa buat kali pertama dalam 30 tahun musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pernah menjadi juara England pada 1978, Forest kembali ke EPL pada 2022 dan kini memasuki musim keempat berturut-turut dalam liga utama.
“Kelab lain yang naik pangkat sering bergelut untuk kekal dalam liga, tetapi dalam masa singkat kami sudah kembali ke pentas Eropah dan bersaing untuk kejuaraan, yang juga satu penghargaan besar kepada semua yang terlibat,” tambah Postecoglou.
“Saya dapat rasakan kelab ini mahukan lebih, dan itu juga yang saya mahukan, jadi saya rasa ini masa yang sangat menarik. Saya berasa amat berbesar hati dan rendah diri, tetapi yang lebih penting, saya berazam untuk memastikan kelab bola sepak ini kembali ke tempat sepatutnya.”
Postecoglou tekad pulih reputasi Forest
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.