Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemui dekat KLIA

Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemui dekat KLIA

Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemui dekat KLIA
Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemui dekat KLIA

PUTRAJAYA: Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai dibunuh ditemui dalam keadaan reput berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 7.50 malam mengenai penemuan mayat berkenaan.

“Keadaan mayat sudah mereput dengan bahagian kepala tidak sempurna dan hanya tinggal tengkorak. Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa disyaki meninggal dunia lebih kurang seminggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa masih berpakaian lengkap, memakai baju T-shirt putih jenama Drum bersaiz XS bertulis ‘Fear Less’ serta seluar kargo pendek berwarna krim bersaiz L.

Menurutnya setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Azman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Serdang mendapati empat kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.

Katanya kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Susulan itu, beliau meminta kerjasama orang awam atau waris segera menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Deputi Superintendan Tee Ah Chew di talian 018-2183555.

 

Mayat wanita sudah reput disyaki mangsa bunuh ditemui dekat KLIA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker