Rumah Perdana Menteri Nepal dibakar penunjuk perasaan
Rumah Perdana Menteri Nepal dibakar penunjuk perasaan

KATHMANDU – Demonstrasi di Nepal hari ini sekali lagi bertukar ganas apabila penunjuk perasaan membakar kediaman peribadi Perdana Menteri KP Sharma Oli di Balkot, lapor laman berita Republic.
Pejabat parti pemerintah dan bangunan-bangunan juga dibakar, demikian menurut laporan tempatan.
Selain itu, perusuh menceroboh kediaman peribadi Presiden Ramchandra Paudel di Bohratar, Kathmandu dengan sebahagian harta benda dibakar.
Penunjuk perasaan turut membakar kediaman Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Prithvi Subba Gurung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Terdahulu, kumpulan penunjuk perasaan berkumpul berhampiran kediaman Oli.
Mereka menuntut akauntabiliti bagi kematian semalam di mana 19 orang terbunuh dan lebih 400 cedera setelah polis melepaskan tembakan ke arah perusuh.
Menurut beberapa pegawai, kumpulan penunjuk perasaan berarak ke kediaman Perdana Menteri pagi tadi dan cuba mencerobohnya walaupun dihalang polis.
Kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan enggan berundur dan membakar rumah-rumah di kawasan tersebut.
Terdapat dua rumah di kediaman Oli di Balkot, dan kedua-duanya dibakar dalam kejadian itu. – AGENSI
Rumah Perdana Menteri Nepal dibakar penunjuk perasaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.