Pulau Tengkorak laluan ‘panas’ aktiviti penyeludupan – Maritim Malaysia

Pulau Tengkorak laluan ‘panas’ aktiviti penyeludupan – Maritim Malaysia

Pulau Tengkorak laluan 'panas' aktiviti penyeludupan - Maritim Malaysia
Foto hiasan. – BERNAMA

KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengenal pasti kawasan Pulau Tengkorak dekat Pengkalan Kubor di Tumpat sebagai ‘hotspot’ jenayah rentas sempadan, khususnya penyeludupan rokok dan kemasukan pendatang tanpa izin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi, berkata kawasan itu mempunyai garis pantai sejauh lima kilometer hingga ke Pantai Geting dan bersempadan dengan pekan Takbai, Thailand.

Beliau berkata kedudukan pulau itu yang menghadap Laut China Selatan dan berhampiran negara jiran memudahkan penyeludup mendaratkan barangan atau membawa masuk pendatang asing.

“Di kawasan itu juga terdapat rimbunan pokok ru serta banyak ‘laluan tikus’ yang digunakan sindiket untuk keluar masuk, terutama pada waktu malam.

“Jarak sempadan Malaysia-Thailand yang hanya kira-kira 500 meter dari muara Kuala Takbai membolehkan penyeludup menggunakan bot kecil dan melarikan diri dengan cepat jika dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada BERNAMA hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?


Erwan Shah berkata garis pantai Kelantan yang melebihi 70 kilometer sentiasa menjadi pilihan sindiket kerana bersempadan dengan perairan Thailand, manakala Pantai Geting sering dijadikan lokasi pendaratan kerana kawasannya yang luas dan sukar dikesan.

“Walaupun rondaan kerap dilakukan, kawasan ini tetap menjadi pilihan.

“Pada Jun lepas, lapan warga Myanmar berjaya ditahan di lokasi berkenaan.

“Setakat September ini, lima kes penyeludupan membabitkan migran tanpa dokumen serta rokok seludup telah direkodkan,” katanya.

Pulau Tengkorak laluan ‘panas’ aktiviti penyeludupan – Maritim Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker