Lelaki maut tergantung atas pokok

Lelaki maut tergantung atas pokok

Lelaki maut tergantung atas pokok
Mangsa warga tempatan berumur 25 tahun dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas ditemui tergantung atas pokok di tepi halaman rumahnya dalam kejadian di Ban 3, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2 petang.

“Hasil siasatan mendapati mangsa warga tempatan berumur 25 tahun dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

“Hasil pemeriksaan pada badan si mati didapati tiada sebarang unsur jenayah. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ambia berkata, mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Lelaki maut tergantung atas pokok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker