Hanya ada selipar dan tuala, warga emas dikhuatiri disambar buaya ketika mandi sungai
Hanya ada selipar dan tuala, warga emas dikhuatiri disambar buaya ketika mandi sungai

LAWAS: Seorang lelaki dikhuatiri maut disambar buaya semasa mandi di anak sungai berhampiran jeti di Kampung Siang-Siang Trusan, petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa, Tuan Lamat, 80, sedang mandi seorang diri.
Kehilangan bagaimanapun hanya disedari selepas warga emas itu tidak pulang meskipun hari sudah beransur gelap, sebelum pencarian hanya menemukan tuala serta selipar dipercayai milik mangsa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.
“Pasukan bomba mendapatkan maklumat berhubung mangsa dan kejadian yang berlaku, namun tiada usaha penyelamatan dijalankan memandangkan faktor cuaca serta hari yang sudah beransur gelap.
“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) akan dimulakan pagi esok,” katanya.
Hanya ada selipar dan tuala, warga emas dikhuatiri disambar buaya ketika mandi sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.