5 ditahan termasuk 3 penjawat awam tipu tuntutan bekalan lembu RM200,000

5 ditahan termasuk 3 penjawat awam tipu tuntutan bekalan lembu RM200,000

5 ditahan termasuk 3 penjawat awam tipu tuntutan bekalan lembu RM200,000
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Tiga penjawat awam antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam tuntutan bayaran bekalan lembu betina di sebuah daerah di Johor.

BH difahamkan, tuntutan bekalan lembu betina dilakukan daripada sebuah badan berkanun yang berjumlah kira-kira RM200,000 kira-kira dua tahun lalu.

Sumber berkata, lima suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 60-an itu ditangkap berasingan hari ini, ketika hadir memberi keterangan di SPRM Segamat antara jam 11 pagi hingga 2 petang.

“Berdasarkan siasatan awal semua suspek disyaki bersubahat dengan memperakukan dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan bayaran bekalan lembu betina kepada sebuah badan berkanun di salah satu daerah di negeri Johor.

“Mereka membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM200,000 tetapi pembekalan itu tidak dilakukan,” kata sumber itu kepada BH hari ini.

Tambahnya lagi, semua suspek juga terdiri daripada seorang pemilik dan pengurus syarikat dipercayai melakukan perbuatan itu pada Febuari 2023.

Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat di bawah Sekyen 18 Akta SPRM 2009.

“Tiga daripada lima suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat esok untuk permohonan reman,” katanya.

5 ditahan termasuk 3 penjawat awam tipu tuntutan bekalan lembu RM200,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker