Wanita ditahan ugut, khianat dengan api
Wanita ditahan ugut, khianat dengan api

KLUANG: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang menyebabkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Permai, Taman Sri Permai, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, dalam satu kenyataan hari ini, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi apabila pengadu terdengar bunyi seperti objek dibaling ke dalam kawasan rumah.
“Hasil pemeriksaan mendapati perkarangan rumah dan kereta yang diletakkan di garaj rumah terbakar. Sekeping kertas berbaur ugutan turut ditemui di lokasi kejadian.
“Susulan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan seorang wanita di Bandar Seri Alam, Masai, pada jam 3 pagi semalam,” katanya.
Menurut Bahrin, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 12 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.
“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) atau Tablet DCC di talian 014-3656822.
Wanita ditahan ugut, khianat dengan api
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.