Tesla mahu beri Elon Musk pampasan lebih RM4 trilion

Tesla mahu beri Elon Musk pampasan lebih RM4 trilion

Tesla mahu beri Elon Musk pampasan lebih RM4 trilion
GAMBAR fail Elon Musk bersama kenderaan Cybertruck keluaran Tesla. – Foto AFP

WASHINGTON – Lembaga pengarah syarikat pengeluar kenderaan elektrik Tesla mencadangkan pelan pampasan baharu untuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Elon Musk bernilai sehingga AS$1 trilion (RM4.22 trilion), lapor portal berita Fox News semalam.

Nilai pampasan itu akan menjadikannya pakej bayaran terbesar dalam sejarah bagi seorang eksekutif.

Cadangan lembaga itu akan memberikan Musk yang merupakan individu terkaya di dunia, sehingga 12 peratus saham Tesla bernilai kira-kira AS$1 trilion.

Pampasan itu akan diberikan kepada Musk sekiranya syarikat pembuat kereta itu mencapai sasaran agresif seperti permodalan pasaran sebanyak AS$8.5 trilion (RM36 trilion) dan pencapaian operasi lain dalam tempoh 10 tahun.

Nilai pasaran semasa syarikat itu adalah kira-kira AS$1.1 trilion (RM4.6 trilion).

Musk kini memiliki kira-kira 13 peratus saham Tesla.

Pampasan yang dicadangkan itu berbentuk geran saham terhad, yang bermakna beliau tidak boleh menjualnya serta-merta. – AGENSI

Tesla mahu beri Elon Musk pampasan lebih RM4 trilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker