Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

Selepas Dibuli Siber dan Diganggu Secara Seksual

Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui masih berdepan trauma untuk membuka sebarang mesej peribadi di Instagram selepas pengalaman hitam dibuli secara siber dan diganggu secara seksual. Menurut Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, insiden itu meninggalkan kesan mendalam hingga membuatkan dirinya takut untuk mengetahui isi setiap mesej yang diterima. Justeru, dia mengambil pendekatan menyerahkan semua mesej mencurigakan kepada peguam untuk diteliti dan diserahkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“Apabila bercakap soal ini, sejujurnya selepas semua ini berlaku, saya terlalu trauma untuk buka DM (Direct Message) dalam Instagram. Sama ada mesej baik atau tidak, apa sahaja mesej mencurigakan saya serahkan kepada peguam untuk diperiksa. Senang biar pihak berkuasa terus yang urus dan selesaikan,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Abu Si Raksasa.

Pelakon drama From Saga With Love 2 itu turut mengakui jumlah mesej diterima terlalu banyak sehingga dia sendiri tidak pasti jika ada pengirim cuba memohon maaf kepadanya. Namun begitu, Sophia tetap berlapang dada dan menganggap sekiranya ada yang benar-benar menyesal, ia satu perkembangan positif.

Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

“Terlalu banyak mesej sampai saya sendiri takut untuk baca. Tapi kalau tanya sama ada sudah ada yang meminta maaf, mungkin ada yang sudah minta maaf, tetapi saya tidak pernah buka. Kalau betul ada yang menyesal, itu sesuatu yang baik. Kita semua manusia, pasti pernah buat salah. Saya juga tidak sempurna, buat salah juga. Kepada mereka yang sudah memohon maaf, saya ucapkan terima kasih dan harap teruskan berbuat baik,” katanya dengan penuh makna.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

Berkaitan tindakan undang-undang yang diambil, pemenang trofi Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 itu menegaskan langkah tersebut bukan semata-mata untuk melindungi diri, sebaliknya sebagai mesej tegas kepada masyarakat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial.

Hisyam Hamid Kantoikan AMT2025, Netizen Dakwa Sengaja Pilih Bella Astillah Sebagai Penyampai

“Bagi saya, tindakan undang-undang ini penting supaya orang sedar komen jelik bukan perkara main-main. Mungkin sebelum ini ada yang rasa negara kita tiada peraturan, lalu sesuka hati mahu memfitnah atau menghina orang lain. Diharap dengan tindakan saya ini, ramai yang akan lebih berhati-hati dan manfaatnya dapat dirasai semua pihak,” ujarnya.

Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

Pada 9 Ogos lalu, Sophia tampil membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menerima mesej melampau di Instagram. Selain hinaan keterlaluan, ada kiriman yang berunsur tidak senonoh sehingga jelas berbaur gangguan seksual, sekali gus meninggalkan trauma mendalam kepadanya.

 

Sophia Albarakbah Kini Trauma Buka DM Instagram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker