Rusuhan Indonesia beransur reda

Rusuhan Indonesia beransur reda

JAKARTA – Gelombang rusuhan yang melanda Indonesia sejak hujung Ogos lalu kini menunjukkan tanda-tanda reda terutama di Jakarta, apabila aktiviti penduduk kembali berjalan dan pihak berkuasa mengawal keadaan dengan lebih ketat.

Gabenor DKI Jakarta, Pramono Anung menegaskan, keadaan ibu kota sudah terkawal dengan orang ramai mula meneruskan urusan harian seperti biasa selepas beberapa hari dihantui keganasan jalanan.

Semua mod pengangkutan awam termasuk MRT, LRT dan Transjakarta kembali beroperasi dengan sebahagian perkhidmatan diberikan percuma sebagai langkah meringankan beban rakyat serta memulihkan keyakinan orang ramai.

Rusuhan Indonesia beransur reda
Seorang pemandu ojol dan anggota polis berpelukan ketika himpunan aman di Jakarta. – AFP

Pusat perniagaan Glodok yang sebelum ini lengang akibat rusuhan mula kembali dipenuhi pembeli, manakala peniaga juga membuka kedai walaupun masih ada kesan kerosakan pada premis.

Namun, keadaan di beberapa daerah lain dilaporkan masih belum sepenuhnya pulih dengan pihak berkuasa mengekalkan rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Di Jawa Tengah sahaja, polis mengesahkan seramai 1,747 individu ditahan dengan 46 daripadanya ditetapkan sebagai suspek utama yang dipercayai mencetuskan kekacauan.

Operasi bersepadu terus dijalankan bagi mengesan pihak yang menjadi dalang rusuhan, manakala anggota keselamatan ditempatkan di lokasi berisiko tinggi.

Kerajaan memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit dalam jenayah penjarahan, keganasan dan provokasi yang menggugat ketenteraman awam.

Rusuhan Indonesia beransur reda
Mahasiswa mengadakan demonstrasi di hadapan kompleks Parlimen Indonesia bagi mengulangi tuntutan “17 8 Suara Rakyat”. – AFP

Dalam masa sama, kumpulan hak asasi manusia menuntut siasatan telus terhadap dakwaan penggunaan kekerasan berlebihan oleh polis ketika mengawal protes.

Human Rights Watch dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyuarakan kebimbangan serta mendesak kerajaan Indonesia melaksanakan siasatan bebas berhubung dakwaan pencabulan hak asasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Setakat ini, sekurang-kurangnya lapan hingga 10 orang dilaporkan maut termasuk seorang penghantar makanan, aktivis dan mahasiswa yang terbunuh ketika bentrokan dengan pasukan keselamatan.

Rusuhan pada awalnya tercetus akibat isu kos sara hidup, bantahan terhadap elaun mewah ahli Parlimen serta desakan rakyat yang mahu reformasi menyeluruh terhadap institusi polis.

Rusuhan Indonesia beransur reda
Polis berkawal di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rayat Acheh (DPRA) semasa protes mahasiswa di Banda Aceh. – AFP

Aktivis memberi amaran bahawa protes boleh kembali tercetus jika kerajaan gagal memenuhi tuntutan rakyat yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi semasa.

Kesan rusuhan ini turut memberi tamparan hebat kepada sektor ekonomi apabila banyak perniagaan kecil terpaksa ditutup beberapa hari sekali gus menanggung kerugian besar.

Secara keseluruhannya, Indonesia kini berada dalam fasa pemulihan tetapi risiko tercetusnya gelombang baharu protes kekal tinggi selagi isu asas rakyat tidak ditangani secara menyeluruh oleh kerajaan. – Agensi

Rusuhan Indonesia beransur reda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker