Lelaki ditahan serang anggota polis cuba lerai pergaduhan di Hospital Sungai Buloh

Lelaki ditahan serang anggota polis cuba lerai pergaduhan di Hospital Sungai Buloh

Lelaki ditahan serang anggota polis cuba lerai pergaduhan di Hospital Sungai Buloh
Foto hiasan.

SUNGAI BULOH: Seorang anggota polis cedera pada muka ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di Hospital Sungai Buloh di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.10 pagi berhubung pergaduhan di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi, namun anggota bertugas di pondok polis hospital berkenaan sudah bergerak awal untuk mengawal keadaan sebelum ketibaan pasukan peronda.

“Sebaik pasukan peronda polis tiba didapati anggota berkenaan dipukul seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an.

“Berdasarkan maklumat awal, anggota polis berkenaan cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan lelaki dan wanita, bagaimanapun seorang lelaki bertindak agresif dan menyerang anggota polis sehingga menyebabkan kecederaan pada muka,” katanya melalui kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Mohd Hafiz berkata, cubaan polis menahan suspek dihalang dan diganggu sehingga berlaku sedikit pergelutan.

Katanya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan dengan bantuan orang ramai di lokasi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Suspek direman empat hari sehingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 353 kanun sama dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

 

Lelaki ditahan serang anggota polis cuba lerai pergaduhan di Hospital Sungai Buloh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker