Lelaki 12 rekod jenayah ditahan miliki pistol, 36 peluru di Pintu Geng

Lelaki 12 rekod jenayah ditahan miliki pistol, 36 peluru di Pintu Geng

Lelaki 12 rekod jenayah ditahan miliki pistol, 36 peluru di Pintu Geng
Foto hiasan.

KOTA BARU: Seorang lelaki dengan 12 rekod jenayah lampau ditahan selepas pihak polis menemui sepucuk pistol jenis Glock bersama 36 peluru hidup di rumahnya di Pintu Geng di sini pagi semalam.

Sumber berkata, lelaki berusia 50 tahun yang tidak bekerja itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, hasil maklumat risikan.

“Polis menemui pistol Glock dan 36 butir peluru hidup itu disembunyikan di dalam rumah berkenaan,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, siasatan awal mendapati suspek menyimpan senjata api dan peluru berkenaan sejak kira-kira setahun lalu.

“Dia mendakwa senjata dan peluru itu milik majikannya,” katanya.

Hasil ujian turut mendapati suspek positif dadah dan kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

BH sedang mendapatkan komen daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Lelaki 12 rekod jenayah ditahan miliki pistol, 36 peluru di Pintu Geng

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker