KRW, Seoul Phoenix terikat 0-0

KRW, Seoul Phoenix terikat 0-0

KRW, Seoul Phoenix terikat 0-0
PEMAIN KRW FC, Arham Khussyairi Ab Wahad (kanan) diasak Jeongmin Yoon di Stadium Sultan Muhammad IV. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Hasrat Kelantan Red Warrior (KRW) FC mengutip tiga mata kecundang apabila diikat 0-0 Seoul Phoenix dalam aksi kedua Liga A1, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, di sini, sebentar tadi.

KRW yang tampil sebagai pelawat terlebih dahulu garang berbalas serangan dengan tuan rumah pada awal permainan.

Minit ke 35, kapten pasukan, Otis Khan Mohammed nyaris menyumbang gol pertama namun tersasar ke kanan gawang Seoul Phoenix.

Keputusan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Memasuki babak kedua, pemain terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai disaksikan 1,500 penyokong.

Peluang pelawat tercipta di minit 58 apabila menerima sepakan percuma namun disia-siakan Otis apabila bola sedikit melewati gawang anak buah Sangjin Lee.

Import, Emmanuel Mbarga membuat percubaan terus namun bola tersasar di tepi tiang gol sekali lagi menafikan gol buat Kelantan minit ke 64.

Minit ke 72, KRW membuat penukaran penjaga gol, Shafiq Afifi Suhaimi yang pengsan seketika selepas terhantuk pada tiang gol namun difahamkan dalam keadaan stabil.

Kedua pasukan cuba mencari peluang namun keputusan kekal 0-0 hingga tamat perlawanan.

KRW, Seoul Phoenix terikat 0-0

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker