Imavov cabar juara middleweight UFC, Khamzat
Imavov cabar juara middleweight UFC, Khamzat

Paris: Petarung middleweight, Nassourdine Imavov menewaskan Caio Borralho dalam acara utama UFC Fight Night di Paris, Perancis, awal pagi tadi, selepas meraih kemenangan sebulat suara dengan keputusan 50-45, 49-46, 49-46.
Pertarungan itu jelas didominasi Imavov (20-4 MMA) yang mengawal jarak sepanjang aksi dengan pukulan tepat serta tekanan berterusan.
Ia sekali gus menyukarkan Borralho (17-2 MMA) mencari ruang menentang lawannya itu yang sebelum ini memenangi 62 peratus pertarungan menerusi KO/TKO atau gerakan kuncian.
Imavov yang kini menghuni ranking nombor dua divisyen middleweight, mengkritik dirinya sendiri kerana gagal menamatkan pertarungan lebih awal seperti dirancang.
Meskipun tidak meraih kemenangan KO, Imavov tetap menyampaikan mesej jelas kepada juara middleweight UFC, Khamzat Chimaev (15-0 MMA).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kekalahan itu menjadi yang pertama buat Borralho, ranking nombor tujuh divisyen middleweight, sejak menyertai UFC.
Dia turut mengakui Imavov adalah lawan paling sukar pernah dihadapinya.
“Terima kasih Nassourdine. Terima kasih banyak… Saya rasa Nassourdine beraksi lebih baik hari ini. Dia sangat pantas, seperti yang saya jangka.
“Dia menghadapi pertarungan dengan sangat baik. Saya tidak dapat menyesuaikan strategi. Saya cuba bertarung dengan salah seorang penyerang terbaik dunia dan itulah yang anda lihat – satu pertarungan hebat,” kata Borralho.
Imavov cabar juara middleweight UFC, Khamzat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.