Heung-min watak penting benam AS

Heung-min watak penting benam AS

Heung-min watak penting benam AS
ANTARA aksi AS bertemu Korea. FOTO AFP

Heung-min sebelum ini pernah beraksi di bawah kendalian jurulatih AS, Mauricio Pochettino, ketika bersama Tottenham Hotspur, dan Pochettino pernah menyifatkan penyerang Korea Selatan itu sebagai antara pemain terpentingnya di kelab England terbabit.

Kemenangan itu menyaksikan Korea Selatan mencatat rekod empat kemenangan dan dua seri dalam sejarah pertemuan menentang AS, sekali gus menamatkan kemarau sejak kali terakhir bertemu pada 2014 yang dimenangi AS di gelanggang sendiri.

Skuad AS yang turun selepas tewas 1-2 kepada Mexico dalam final Piala Emas CONCACAF Julai lalu, menyambut kepulangan semula Christian Pulisic yang terlepas aksi sepanjang kempen ke final.

Heung-min membuka tirai jaringan pada minit ke-18 apabila berada tepat di garisan ofsaid sebelum menerima hantaran Lee Jae-sung, meluru ke arah gawang lalu melepaskan rembatan kaki kiri dari sudut sukar menewaskan penjaga gol AS, Matt Freese, ke penjuru kanan gawang.

Korea Selatan menambah gol kedua pada minit ke-43 menerusi gerakan satu-dua menarik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Heung-min menerima semula hantaran di kawasan penalti sebelum segera menghantar bola kepada Lee Dong-gyeong, yang melakukan penyudah kemas dengan tumit kaki kiri untuk meletakkan pelawat di depan 2-0 pada separuh masa pertama.

 

Heung-min watak penting benam AS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker