England kurang mantap tundukkan Andorra
England kurang mantap tundukkan Andorra

Birmingham: England mengekalkan rekod 100 peratus di tempat lawan pada kelayakan Piala Dunia tetapi pasukan kendalian Thomas Tuchel sekali lagi gagal memberi impak apabila sekadar meraih kemenangan 2-0 menentang pasukan kerdil, Andorra awal pagi tadi.
Gol sendiri Christian Garcia pada separuh masa pertama di Villa Park disusuli dengan tandukan Declan Rice selepas rehat, sekali gus memastikan pendahulu Kumpulan K itu meraih kemenangan keempat berturut-turut pada kempen kelayakan.
Namun walaupun England kekal di landasan tepat menuju Piala Dunia tahun depan, prestasi kali ini sekali lagi mengecewakan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Tuchel membentuk sebuah pasukan untuk memenangi trofi.
England dilihat kurang menyerlah, kurang licik dan bijak di kawasan serangan terakhir. Tidak hairanlah Tuchel kelihatan kecewa di tepi padang.
Menyalahkan suasana penyokong yang hambar sebagai salah satu faktor, Tuchel berkata: “Ia sukar kerana suasananya sangat berbeza berbanding penyokong Liga Perdana Inggeris.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Bekas pengurus Chelsea dan Bayern Munich itu mahu persembahan yang lebih bersemangat dalam ujian paling sukar setakat ini pada Rabu ini apabila England menentang pesaing utama Kumpulan K, Serbia, di Belgrade.
Dengan masa semakin suntuk menjelang Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada, Tuchel berada di bawah tekanan untuk membentuk sebuah pasukan dengan identiti jelas.
Berdasarkan aksi hambar dalam perlawanan kelima bimbingannya, pengendali dari Jerman itu dilihat masih jauh daripada mencapai sasaran berkenaan.
“Mungkin (Eberechi) Eze tidak berada pada tahap terbaik, hantaran akhir daripada Noni (Madueke) tidak cukup tajam dan (Marcus) Rashford ada beberapa detik baik tetapi gagal menyudahkannya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Itu perkara yang boleh berlaku menentang pasukan yang bertahan. Kami sudah belajar banyak perkara dan saya gembira dengan barisan pemain. Kini kami akan buktikan sesuatu di Belgrade,” katanya.
England kurang mantap tundukkan Andorra
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.