Dua gol Ronaldo bantu bedal Armenia

Dua gol Ronaldo bantu bedal Armenia

Dua gol Ronaldo bantu bedal Armenia

Paris: Cristiano Ronaldo membantu Portugal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia dengan langkah sempurna.

Portugal, yang beraksi buat pertama kali selepas kematian penyerang Liverpool, Diogo Jota bersama adiknya, Andre Silva dalam kemalangan jalan raya, mempamerkan aksi mengagumkan apabila membelasah Armenia 5-0 di Yerevan, awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan bertafakur seminit sebelum sepak mula di Stadium Republikan Vazgen Sargsyan sebagai penghormatan kepada Jota dan adiknya, yang maut dalam nahas di utara Sepanyol pada 3 Julai lalu, iaitu 11 hari selepas Jota berkahwin dengan Rute Cardoso, ibu kepada tiga anaknya.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu berada pada prestasi terbaik, dengan Ronaldo yang kini berusia 40 tahun meledak dua gol, satu pada setiap separuh masa, termasuk rembatan kencang dari jarak jauh.

Ia sekali gus menyaksikan jumlah gol antarabangsa dijaringkan Ronaldo adalah sebanyak 140, lebih dua dekad selepas jaringannya yang pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Dua gol daripada Joao Felix, rakan sepasukan baharu Ronaldo di kelab Arab Saudi Al Nassr, serta sumbangan seorang lagi pemain berpangkalan di Saudi, Joao Cancelo, meletakkan skuad kendalian Roberto Martinez, juara Liga Negara-Negara UEFA, di tangga teratas Kumpulan F.

Cancelo meraikan jaringannya dengan menunjuk ke langit menggunakan kedua-dua belah tangan, meniru gaya Jota sebagai tanda memperingatinya.

Pemain pertahanan kiri Lazio, Nuno Tavares percaya gol minit ke-21 yang dijaringkan Ronaldo membawa makna istimewa kerana nombor 21 adalah nombor jersi Jota ketika bersama skuad kebangsaan.

“Kami semua gembira kerana ia menunjukkan dia (Jota) bersama kami, dia ada di sana, dan ketika itu, gol Ronaldo seolah-olah tercipta kerana dirinya. Dia akan sentiasa bersama kami,” kata Tavares.

Ronaldo pula menulis di media sosial bahawa ia adalah ‘langkah pertama’ dalam usahanya untuk beraksi pada Piala Dunia keenamnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Portugal akan menentang Hungary pada Rabu ini, yang meskipun beraksi dengan 10 pemain pada 30 minit terakhir, masih berjaya mengikat Republik Ireland 2-2 di Dublin.

 

Dua gol Ronaldo bantu bedal Armenia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker