Bomba diminta keringkan kolam sedalam 2 meter, cari iPhone 15 Pro Max hilang
Bomba diminta keringkan kolam sedalam 2 meter, cari iPhone 15 Pro Max hilang

JAKARTA – Sebuah kolam ikan sedalam 2 meter di Depok, wilayah Jawa Barat terpaksa ‘dikeringkan’ demi mencari telefon pintar jenis iPhone milik seorang lelaki yang hilang, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Perumahan Villa Graha Madani, daerah Sawangan semalam.
Rakaman video kejadian dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depokfirerescue113 menunjukkan anggota-anggota bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air dari kolam.
Selepas air semakin berkurang, mereka turun ke dalam kolam dan berusaha mencari iPhone 15 Pro Max yang dilaporkan terjatuh.
Telefon tersebut ditemukan tidak lama kemudian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“iPhone itu milik seorang lelaki? Kenapa tak bantu bomba sekali?” kata seorang netizen.
“Semoga dimurahkan rezeki pasukan bomba,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Bomba diminta keringkan kolam sedalam 2 meter, cari iPhone 15 Pro Max hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.