Aryna pertahan gelaran Terbuka AS
Aryna pertahan gelaran Terbuka AS

New York: Pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menundukkan Amanda Anisimova pada aksi final awal pagi tadi, sekali gus meraih gelaran Grand Slam keempat dalam kariernya.
Aryna tampil garang untuk mencatat kemenangan 6-3, 7-6 (7/3) di Stadium Arthur Ashe, sekali gus mengukuhkan statusnya di puncak tenis wanita dunia.
Pemain berusia 27 tahun dari Belarus itu turun ke final dengan mengetahui ia adalah peluang terakhir untuk meraih gelaran Grand Slam pada 2025 selepas kekecewaan tewas di final Terbuka Australia dan Terbuka Perancis.
Aryna menebus kekecewaan itu dengan menamatkan impian Amanda yang mengidamkan kebangkitan luar biasa, hanya dua bulan selepas kekalahan memalukan 0-6, 0-6 kepada Iga Swiatek pada final Wimbledon.
“Ia sesuatu yang gila, semua pengajaran sukar itu berbaloi untuk kemenangan ini. Saya benar-benar hilang kata-kata sekarang,” kata Aryna selepas perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Amanda sebelum ini menang enam daripada sembilan pertemuan menentang Aryna, termasuk kejayaan menyingkirkan lawannya itu di separuh akhir Wimbledon.
Namun Aryna yang beraksi pada final Grand Slam ketujuh dalam kariernya, menggunakan segala pengalaman dimiliki untuk menutup ruang Amanda memburu gelaran utama pertama.
“Kalah dua final berturut-turut memang bagus tetapi pada masa sama sangat sukar. Saya rasa hari ini saya tidak cukup berjuang untuk memenuhi impian saya,” kata Amanda.
Aryna melengkapkan kemenangan selepas sekali lagi mempamerkan kehebatannya dalam aksi ‘tiebreak’.
Aryna pertahan gelaran Terbuka AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.