Semua 22 mangsa terperangkap kepala air diselamatkan
Semua 22 mangsa terperangkap kepala air diselamatkan
HULU SELANGOR: Kesemua 22 individu termasuk 12 anggota polis yang terperangkap di seberang sungai di Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Baru, di sini susulan fenomena kepala air berjaya diselamatkan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata semua mangsa berjaya dibawa ke kawasan selamat pada jam 7.50 malam.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang sebelum menggerakkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Toyota Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.
“Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dijalankan sebaik pasukan tiba di lokasi pada jam 7.07 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir pada jam 5.50 petang.
Semua 22 mangsa terperangkap kepala air diselamatkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.