Remaja UK dilapor hilang sejak Jun ditemui di Jalan Pudu
Remaja UK dilapor hilang sejak Jun ditemui di Jalan Pudu

KUALA LUMPUR: Remaja United Kingdom, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang selepas dikesan memasuki negara ini pada 7 Jun lalu ditemui di Jalan Pudu, di sini, kira-kira jam 7 malam ini.
Dia ditemui dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, mengesahkan penemuan David oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
“Setakat ini saya mengesahkan penemuannya dan butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian sehingga pemeriksaan lanjut termasuk keadaan dirinya selesai dijalankan,” katanya kepada BH sebentar tadi.
David dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas memasuki Malaysia dan dikesan menaiki bas ke Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).
Pelajar jurusan Sains Komputer di Universiti Manchester sebelum ini dilaporkan secara senyap-senyap menaiki penerbangan sehala dari Manchester ke Kuala Lumpur.
Dia juga didapati mematikan telefon bimbit serta tidak membalas emel sejurus tiba di Malaysia pada 6 Jun lalu.
Remaja UK dilapor hilang sejak Jun ditemui di Jalan Pudu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.