Penduduk beramai-ramai pulangkan barang dicuri semasa rusuhan

Penduduk beramai-ramai pulangkan barang dicuri semasa rusuhan

Penduduk beramai-ramai pulangkan barang dicuri semasa rusuhan
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai memulangkan barang yang disamun di Ibu Pejabat Polis Kediri Kota. – TikTok

JAKARTA – Berpuluh-puluh orang tampil ke Ibu Pejabat Polis Kediri Kota, wilayah Jawa Timur untuk memulangkan barangan yang dicuri semasa serbuan besar-besaran ketika rusuhan minggu lalu, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.

“Beberapa orang daripada dewasa hingga kanak-kanak datang ke balai polis untuk memulangkan barang yang mereka curi,” kata seorang pegawai kepada wartawan.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @info_kendiri_kita menunjukkan penduduk daripada pelbagai usia datang ke balai beramai-ramai.

Antara barang yang dipulangkan termasuk pagar, kerusi, tanaman, peti sejuk, pembesar suara serta tiang lampu yang ditanggalkan dari tepi jalan.

“Barang yang dipulangkan bercampur-campur, bukan hanya milik Polis Kediri Kota,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Polis Kediri Kota sebelum ini merayu kepada orang ramai untuk memulangkan barangan yang dicuri selain mengesahkan bahawa beberapa pelaku telah dikenal pasti.

Mereka memberi peluang kepada pelaku untuk menyerahkan barangan secara sukarela sebelum tindakan undang-undang diambil. – AGENSI

Penduduk beramai-ramai pulangkan barang dicuri semasa rusuhan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker