David Balisong kurus kering hanya makan makanan segera – Ibu
David Balisong kurus kering hanya makan makanan segera – Ibu

KUALA LUMPUR: Remaja United Kingdom (UK), David Balisong, 17, ditemui dalam keadaan kurus kering kerana hanya makan makanan segera sepanjang kehilangannya namun berada dalam keadaan selamat.
Ibunya, Minerva Balisong, 50 berkata, dia mengenali anaknya itu walaupun keadaan fizikalnya banyak berubah akibat penurunan berat badan.
“Keadaannya baik, dia hanya makan makanan segera dan banyak kehilangan berat badan, tetapi saya tahu itu memang dia.
“Kami baru sahaja menemuinya dan saya sendiri tidak percaya. Rakan sebiliknya di hotel yang melaporkan mengenai dirinya kepada pihak polis, sekarang sedang menunggu pihak polis untuk mengambil keterangannya,” katanya.
Sementara itu, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang individu menyerupai David di sebuah hotel sekitar Pudu, di sini, lantas beliau melaporkan maklumat itu kepada pihak polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Katanya, pemberi maklumat terbabit adalah rakan pengembara yang tinggal di hotel bersama David dan ternampak laporan berita berkenaan pencarian remaja warga Britain itu.
“Individu berkenaan menghubungi saya selepas membaca berita mengenai kehilangan remaja berkenaan.
“Balisong menyewa bilik bersama empat rakan pengembara dari beberapa negara, pengembara dari Korea kemudian menghubungi saya memaklumkan perkara berkenaan.
“Saya berterima kasih kepada pihak polis Kuala Lumpur kerana bertindak pantas dalam perkara ini,” katanya.
David Balisong kurus kering hanya makan makanan segera – Ibu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.