Ucapan berbaur hasutan, polis buru wanita

Ucapan berbaur hasutan, polis buru wanita

Ucapan berbaur hasutan, polis buru wanita
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin. – Foto ihsan PDRM

TAWAU: Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan ketika Himpunan ‘Solidarity Justice For Zara’ di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata pihaknya menerima tiga laporan daripada orang awam berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh kedudukan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Beliau berkata, wanita berkenaan antara individu yang diberi peluang berucap dalam himpunan berkenaan.

“Ucapan itu didakwa mengandungi unsur hasutan terhadap TYT dan menimbulkan keresahan awam dan polis membuka kertas siasatan berhubung perkara ini.

“Kes masing-masing disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jasmin berkata, suspek sudah dikenal pasti serta memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan secara telus dan berlandaskan prosedur bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam kerana tindakan tegas akan diambil.

Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mengeluarkan ucapan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker