Rakyat Malaysia ditahan di Songkhla bawa raifal dan ratusan peluru

Rakyat Malaysia ditahan di Songkhla bawa raifal dan ratusan peluru

Rakyat Malaysia ditahan di Songkhla bawa raifal dan ratusan peluru
Antara senjata dan peluru yang dirampas dari seorang lelaki warga Malaysia di Songkhla. Foto MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand selepas ditemui membawa dua laras raifal M4 serta lebih 450 butir peluru dalam kereta dipandunya di Sadao, Songkhla, kelmarin.

Media Thailand melaporkan suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada jam 5.35 petang, di sekatan jalan raya di Jalan Kanchanawanit, berhampiran Pondok Polis Ban Dan Nok, Samnak Kham.

Laporan itu melaporkan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Kia Optima bernombor pendaftaran Malaysia menemui dua laras raifal M4, 300 butir peluru 5.56 milimeter (mm), 100 butir peluru kaliber .45, 50 butir peluru kaliber 9mm serta tujuh magazin peluru.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku diupah seorang lelaki untuk menyeludup senjata api ke Malaysia.

“Dia mengambil senjata itu di Songkhla sebelum diarahkan bermalam di Dannok dan dibawa masuk ke Malaysia, namun ditahan lebih awal,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan


Menurut laporan itu, siasatan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod sabitan di Malaysia sebelum ini iaitu kes serangan dan pengedaran dadah, selain kerap keluar masuk ke negara itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, ketika dihubungi BH hari ini memaklumkan pihaknya belum menerima pemakluman rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung penahanan lelaki terbabit.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui mengenai penahanan suspek melalui laporan media di negara itu, dan masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Thailand.

Rakyat Malaysia ditahan di Songkhla bawa raifal dan ratusan peluru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker