Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah
Serbuk Emas Masuk Luka Ketika Penggambaran
Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah
Penyanyi berbakat Mimifly berkongsi pengalaman mencemaskan apabila tangannya cedera hingga berdarah semasa menjalani penggambaran video muzik terbaharunya berjudul Nara dua minggu lalu. Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamini Amalina Norhisham, 39, kejadian itu berlaku ketika dia tergelincir sewaktu mahu menonton tayangan semula salah satu babak yang baru dirakam.
“Masa itu saya pakai gelang logam untuk babak terbang. Lantai pula licin sebab ada air dan ditabur gold dust untuk beri kesan berkilau. Sebaik saya turun dari babak itu, terus tergelincir dan tangan saya terkena cengkaman kuat orang sebelah. Masa itu belum nampak luka, tapi bila buka gelang, darah mula mengalir,” ceritanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Nara di Rexperience, Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Angkat dan Serumpun itu segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran lokasi penggambaran. Doktor terpaksa mengeluarkan serbuk emas yang tertinggal dalam luka tersebut sebelum membersihkannya. “Kalau nak jahit memang makan masa, jadi saya pilih untuk teruskan penggambaran. Doktor guna glue stitch saja. Sekarang memang ada parut, tapi saya anggap ia kenangan daripada penggambaran Nara,” katanya.
Mimi menambah, penggambaran video muzik kali ini cukup mencabar apabila mengambil masa hampir 19 jam dengan jumlah tenaga produksi paling ramai pernah digunakannya sepanjang kerjaya. “Sebelum ini paling ramai saya guna 45 orang kru, manakala lagu Serumpun hanya 36. Untuk Nara, jumlah tenaga kerja paling besar,” jelasnya.
Walaupun terpaksa berdepan insiden tidak diduga, Mimi tetap meluahkan rasa syukur kerana penggambaran berjaya disiapkan dengan lancar dan meninggalkan pengalaman berharga buat dirinya.
Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.