Man United jual Antony dengan harga murah
Man United jual Antony dengan harga murah

London: Manchester United bersetuju menjual Antony kepada Real Betis dengan harga diskaun.
Kelab Sepanyol itu sebelum ini menarik diri daripada rundingan selepas perjanjian bernilai £25 juta (RM143 juta) dicapai, namun mereka enggan membayar tambahan bagi pampasan penamatan kontrak serta gaji.
Antony yang menyertai United dari Ajax dengan harga £86 juta (RM491.9 juta) kini dijual pada harga hanya £21.6 juta (RM123.5 juta).
Daripada jumlah itu, £19.6 juta (RM112.1 juta) adalah bayaran tetap manakala tambahan £2 juta (RM11.4 juta) lagi akan diperoleh menerusi bonus.
United turut bersetuju dengan klausa jualan semula sebanyak 50 peratus bagi pemain Brazil itu.
Tiada bayaran pampasan dibuat kepada pemain berusia 25 tahun itu yang dijadualkan tiba di Seville untuk menjalani pemeriksaan perubatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Musim lalu, Antony menjadi pemain kegemaran penyokong Real Betis selepas menjaringkan sembilan gol dalam 26 perlawanan di bawah bimbingan Manuel Pellegrini.
Beliau membantu pasukan itu mara ke final Liga Konferens Eropah sebelum tewas 1-4 kepada Chelsea.
Kelab LaLiga itu begitu terdesak untuk mendapatkan semula pemain antarabangsa Brazil itu dan akhirnya berjaya memeterai persetujuan pada hari terakhir jendela perpindahan.
Antony akan dikenang sebagai antara pembelian terburuk Manchester United apabila hanya menjaringkan 12 gol dalam 96 perlawanan sepanjang tiga tahun di Old Trafford.
Bekas pengurus United, Erik ten Hag sebelum ini begitu beria-ia membawa Antony bersamanya dari Ajax ketika dilantik mengemudi The Red Devils pada 2022.
Man United jual Antony dengan harga murah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.