Lima polis termasuk pegawai kanan ditahan SPRM, disyaki minta suapan RM9,000

Lima polis termasuk pegawai kanan ditahan SPRM, disyaki minta suapan RM9,000

Lima polis termasuk pegawai kanan ditahan SPRM, disyaki minta suapan RM9,000
Foto NSTP

GEORGETOWN: Lima anggota polis termasuk pegawai kanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, hari ini, disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan miliki motosikal curi.

Sumber berkata, semua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara jam 2 hingga 5 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada Jumaat lalu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.

“Seorang daripada suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara tunai kira-kira RM9,000 daripada individu yang merupakan pemilik bengkel motosikal,” katanya.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lima polis termasuk pegawai kanan ditahan SPRM, disyaki minta suapan RM9,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker