Leverkusen pecat Ten Hag selepas dua aksi liga
Leverkusen pecat Ten Hag selepas dua aksi liga

Berlin: Bayer Leverkusen memecat pengurus, Erik Ten Hag selepas hanya dua perlawanan Bundesliga, umum kelab itu, hari ini.
Dipecat oleh Manchester United pada Oktober lalu, Ten Hag menandatangani kontrak sehingga 2027 pada Mei lalu bagi menggantikan Xabi Alonso yang berpindah ke Real Madrid.
“Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami. Tiada siapa mahu mengambil langkah ini,” kata pengarah sukan, Simon Rolfes dalam satu kenyataan.
“Beberapa minggu kebelakangan ini menunjukkan bahawa langkah untuk membina sebuah pasukan baharu dan berjaya tidak berkesan,” tambah Rolfes.
Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Fernando Carro pula berkata keputusan itu adalah ‘menyakitkan, tetapi perlu’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Jurulatih dari Belanda berusia 55 tahun itu kini memegang rekod buruk, iaitu dipecat paling awal selepas hanya dua perlawanan, sekali gus memecahkan rekod terdahulu iaitu lima perlawanan.
Dilantik sebagai pengurus United pada Julai 2022, Ten Hag pernah memenangi Piala FA dan Piala Liga, namun dipecat selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam lapan perlawanan pada pertengahan musim 2024-25 – permulaan terburuk kelab itu dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).
Ten Hag mengambil alih Leverkusen selepas melalui era paling berjaya dalam sejarah kelab itu dan diberi tanggungjawab untuk mengurus proses pembinaan semula secara besar-besaran.
Leverkusen menamatkan musim 2023-24 dengan kejayaan berganda tanpa kalah – liga dan piala – termasuk kejuaraan Bundesliga pertama dalam sejarah mereka.
Namun, Leverkusen kehilangan beberapa tonggak utama pasukan pada musim panas ini, termasuk Florian Wirtz, Granit Xhaka, Jonathan Tah, Jeremie Frimpong, Amine Adli dan Lukas Hradecky.
Kelab itu tidak menamakan pengganti Ten Hag, sebaliknya mengumumkan: “Sesi latihan akan dikendalikan oleh staf pembantu jurulatih buat sementara waktu.”
Leverkusen pecat Ten Hag selepas dua aksi liga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.